Thursday, August 12, 2010

tazkirah ramadhan




Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW tentang Ramadhan yang bermaksud :"sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan olehnya dosa yang telah lalu"
-Riwayat Bukhori, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi-


Tuesday, August 10, 2010

ramadhan




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183

Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana?  Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan  ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.



bz..bz..bz..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera!!  http://www.emocutez.com




+ Fuhh!..dah lama x update blog ni hehe  http://www.emocutez.com




+ sori la gang2 sekalian krana tuan hamba ter'sangat'lah busy akhir2 ni..


+ ada beberapa fokus pada sem ini..semestinya kelab balai islam, literature review yg nk kne hantar last sem ni..dan study..xlupe juga perhatian kpada kwan2 seangkatan..maklumlah dan tahun akhir ni nak simpan kenangan banyak2 sikit..dan buat keluarga yg tersayang!..huhu  http://www.emocutez.com






+ so..ape cerita yg berlaku masa cuti hari tu?? pun belum sempat nak cerita kan...xpe2..insya Allah ada masa nanti cerita la..hehe