Saturday, September 18, 2010

Kena Tag

dah lama pearasan aku juga telah ditag oleh  Wan Syafi'ie *sesaje malambatkan* oleh itu, telah sampai seru untuk aku menjawab beberapa soalan PANAS *hot kunun..*  http://www.emocutez.com 


bagi menunaikan hajat *bukan qada' hajat ye* maka saya dengan rasminya menjawab soalan2 di bwah ini:


1 . Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih name itu ?

soalan pertama ni memang killer la..*membunuh la* sebab dalam exam pon xkan tanye sebab ape subjek korang amik bernama ...  ataupun sebab ape name korang ialah ... *ada kaitan ke?* ..fenin la nak pikir sebab ape ek..tp blog aku dinamakan Farhan Sulaiman..bersempena dgn nama aku FARHAN *nama panjang Ahmad Farhan* yang membawa maksud gembira, kegembiraaan dan SULAIMAN adalah nama abah aku..

2 . Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu ?
link blog aku adalah http://duniapaan.blogspot.com ..dunia paan...sebab yg pertama.. dan yang terakhir *ceh..* ialah apa2 yg terkandung didalam blog ini *walaupun blog x boley nk megandung* adalah ade kaitan dengan dunia di

Wednesday, September 15, 2010

Pandangan Mazhab

dipetik daripada msg Kelab Dakwah Islam FB =)

Oleh: Moderator MSFTW

Si A: Kau tahu tak bahawa menyentuh Isteri sebenarnya tidak membatalkan Wuduk

Si B:Tapi dalam mazhab Syafie mengatakan ia batal. Kita kena la ikut Mazhab Syafie

Si A: Bagaimana pula kau kata kita mesti ikut Mazhab Syafie? Yang kita perlu ikut ialah Quran dan Hadith yang sahih.

Si B: Kau ni tak belajar ke. Kan ustaz kita kata kena ikut 1 mazhab sahaja. Kau jangan cuba hina Imam Syafie

Si A: Aku nak tanya kau, apa nama sebenar Imam Syafie dan apa kitabnya?

Si B: Err...Err.. Mana lah aku tahu.

Si A: Kau sendiri tak tahu nama sebenar Imam Syafie (Muhammad Bin Idris) apatah lagi kitabnya ( Al-Umm, Ar Risalah dll). Jadi aku lebih mengetahui mengenai mazhab Syafie melibihi kau.

Si B: Tapi Malaysia mestilah ikut Mazhab Syafie. Kalau dah keluar negara tu barulah boleh tukar Mazhab.

Si A: Sejak bila Imam Syafie membentuk Mazhab ikut sempadan negara? Sempadan yang ada kini pun sempadan yang ditentukan oleh British. Mana mungkin mazhab mengikut garis sempadan yang dibuat British? Ketika Zaman Imam Syafie (wafat 204 H) negara Malaysia belum lagi terbentuk.

Si B: Tapi kita kena la ikut 1 pendapat Mazhab sahaja. Mana boleh tukar-tukar.

Si A: Aku lebih mendalami ilmu mazhab Syafie dan Imam Syafie tak pernah kata macam yang kau kata.

Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Si B: Err..Err.. Kau mana boleh cakap macam tu. Kau bukan Ustaz. Kau kena dalami dulu ilmu agama betul-betul baru boleh cakap (Si B sudah berada dalam situasi mati akal namun tetap berdegil)

Si A: Kau pernah dengar hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim?

Si B: Mestilah pernah sebab itulah hadith yang paling banyak keluar dalam ceramah dan TV. Tu kan hadith sahih.

Si A: Kenapa kau tak pakai riwayat Imam Syafie? Kenapa kau pakai Riwayat Imam Bukhari dan Muslim? Bukankah itu seperti menjadi Mazhab Bukhari dan Muslim?

Si B: Err.. Err.. Tapi Imam Syafie lebih pandai dari kita kan? Lebih pandai dari Ulama sekarang

Si A: Saya ingin bertanya, antara Dr Yusuf Qardawi dan Imam Syafie, yang mana lebih banyak berjumpa dengan hadith sahih?

Si B: Sudah tentulah Imam Syafie. Dia kan Imam Mazhab (Si B memberi jawapan tanpa berfikir)

Si A: Imam Syafie wafat pada tahun 204 H. Manakala Imam Bukhari lahir pada 194 H. Ketika wafatnya Imam Syafie, Imam Bukhari berumur 10 tahun dan ketika itu Sahih Bukhari masih belum wujud. Maka Imam Syafie belum pernah membaca kitab hadith paling sahih iaitu Sahih Bukhari. Dr Yusuf Qardawi pernah membaca Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud , Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah dan Sunan Nasai yang kesemuanya wujud selepas kewafatan Imam Syafie. Jadi Dr Yusuf