Tuesday, October 5, 2010

mikrobiologi dalam al-quran


Mikrobiologi merupakan kajian saintifik berkenaan mikroorganisma ataupun hidupan seni yang tidak dapat dilihat olah mata kasar seperti bakteria dan virus. Pada abad ke-19, seorang saintis berbangsa Belanda, Antoni Van Leewenhoek merupakan orang yang pertama melihat bakteria dengan menggunakan mikroskop sedrhana. Hanya selepas kira-kira 50 tahun, ahli mikrobiologi yang terkenal pada abad ke-19, Evenovski dapat mengenal pasti bahawa virus merupakan mikroorganisma paling kecil setakat ini. Virus hanya bolah dilihat dengan menggunakan mikroskop elektronik. Kitab suci Al-Quran telah membentuk satu konsep mikrobiologi didalamnya. Firman Allah s.w.t. :
È
22.  Katakanlah: " Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai Tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya.
(Surah Saba’ 34: ayat 22)

Perkataan zarrah zarrah membawa maksud zarah atau partikel yang sangat kecil seperti mikroorganisma unisel (satu sel) dan molekul atom. Allah SWT mengajarkan melalui ayat ini bahawa Dia (Allah) mengendalikan dunia ‘ghaib’ mikroorganisma. Dunia mikroorganisma yang